Imam Syafie said : " Do not love the one who does't love Allah . If they can leave Allah , they also will leave you "

Saturday, March 31, 2012

April FOOL ? Apa benda tu ?



    Assalamualaikum semua .
Esok adalah 01.04.2012 kan ?
1 April yang lebih dikenali sebagai April fool pada zaman sekarang .
Pada hari itu , pasti ramai yang DITIPU, TERTIPU dan MENIPU .
Tapi , tahukah anda mengenai sejarah disebalik hari April Fool ? 




Bismillah ........

The 
April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 M atau bersamaan dengan 892 H. 
Panglima Thariq Bin Ziyad telah menjatuhkan kerajaan Sepanyol dan menyebarkan Islam ke sana pada abad ke-8M.
Usaha ini kemudiannya diteruskan ke negara- negara lain di sekitarnya seperti Perancis,Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya.


Namun begitu,pihak Islam tetap membenarkan suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat untuk tinggal di kawasan yang terletak di pergunungan tersebut walaupun mereka tidak memeluk Islam. Sikap penguasa Islam yang baik dan rendah hati telah menarik banyak Orang Sepanyol untuk memeluk Islam. Mereka bukan hanya memeluk Islam pada nama,tetapi mereka mengamalkan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh.Keadaan ini berterusan sehingga 6 abad lamanya.

Dalam masa yang sama,orang kafir yang masih tinggal di sekeliling Sepanyol pula terus berusaha untuk menghapuskan pengaruh Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah menghantar beberapa orang untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol.
Akhirnya,mereka berjaya menemukan cara untuk menghapuskan Islam dari Sepanyol, iaitu dengan melemahkan iman mereka dahulu melalui serangan pemikiran dan budaya. Antara strategi yang dilaksanakan oleh penduduk kafir ini termasuklah dengan mengedarkan alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. memeperdengarkan muzik supaya mereka lalai dan mengirim ulama palsu untuk memecahbelahkan umat Islam di situ.

Usaha ini ternyata membuahkan hasil. Akhirnya orang kafir Berjaya menakluki Sepanyol. Mereka menyeksa dan membunuh orang Islam dengan kejam. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orangorang tua, semuanya turut dibunuh tanpa belas kasihan. Semasa tempoh penaklukan Sepanyol oleh pihak kafir,orang Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri daripada diburu oleh tentera Kristian.Keadaan di negara itu sangat ngeri.ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan darah.Jalan-jalan mulai sepi.
Namun begitu,masih terdapat segelintir Umat Islam yang bersembunyi di rumah masing- masing.Untuk memancing mereka yang masih bersembunyi di rumah masing-masing ,pihak Kristian telah memperdaya dengan menyatakan bahawa mereka dibenarkan meninggalkan Sepanyol dengan menggunakan kapal-kapal yang telah disediakan jika tidak mahu dibunuh.Pihak Kristian turut meyakinkan Umat Islam di sana dengan memberi jaminan keselamatan kepada mereka.




Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut.
Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib terus bersembunyi di rumah masing-masing. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, tentera Salib menggeledah rumah dan kemudiannya membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bersembunyi di dalamnya. Ribuan Umat Islam yang berada di pelabuhan berasa sangat terkejut apabila tentera Salib membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol.





Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak bersenjata. Malahan ,kebanyakan mereka terdiri daripada perempuan dan anak-anak yang masih kecil.Tentera Salib membunuh mereka tanpa belas kasihan.Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya. 
Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadimerah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Selain itu , Fatwa juga MENGHARAMKAN APRIL FOOL kerana :
Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain. Mereka memanggil tarikh 1 April ini sebagai April Fool. 
        1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
        2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa         seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
        3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
        4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.


Jadi ? Masih hendak menyambut April Fool ?

Wahai sahabat ku , sila buka mata dan minda anda ya .

Ukhuwah Fillah Abadan abada .

Wednesday, March 14, 2012

Are you ready enough ?

A s s a l a m u a l a i k u m




Peperiksaan dan pelajar , Bagai isi dengan kuku . 

Tak dapat dipisahkan seperti aur dengan tebing .

Hurm . Bila tiba waktu peperiksaan semua menggelabah .

"
Eh , kau ada buat revision time cuti ? Aku habuk pun takda " " Iye ? Eh , sama lah . Kita geng . lol "
Pernah berlaku ke atas anda ? Kalau pernah , kita senasib lah -,- ? . Kalau tak , TAHNIAH .

Antara peperiksaan yang paling top ialah UPSR , PMR , SPM
Mestilah top , nama nye peperiksaan awam kan ..


Eh , bercakap mengenai SPM . Keputusan SPM bagi sesi 2011 akan keluar pada 21\03\2012 ini .


Tapi , tahukah anda mengenai peperiksaan akhirat ?

"APA ?!?! Ada peperiksaan akhirat ?!!?Ada Addmaths ke? Fizik ke? Bio ke? Eko ke? Sastera ke?" dan banyak lagi ke .

Err . Yes . Memang ada . Biar betul ? Ha'ah . Betullah ni ...

Tapi , subjek dia ialah AMALAN  DI DUNIA SEJAK LAHIR SAMPAI MENINGGAL DUNIA .

Tahukah anda , bahawa amalan kita adalah kayu pengukur bagi nasib kita di AKHIRAT sana . 

Yang pasti hanya 2 jawapan . Syurga atau Neraka . Neraka atau Syurga .

Anda nak yang mana ? Neraka ... atau syurga .. ?
Saya yakin anda pilih  SYURGA . Betul tak ? Kalau salah .. tak tahu nak cakap apa ..

Masalahnya sekarang . Ramai yang tak tahu macam mana nak score A dalam peperiksaan akhirat ni . Hurmm ..

Baiklah .

 Saya nak berkongsi sedikit mengenai peperiksaan sebenar ni . 




1. Di sekolah , kalau anda gagal . Anda akan diberikan peluang kedua untuk mengulang . Di akhirat , jika anda gagal , maka tertutuplah peluang anda .



2.Di sekolah , kita takkan tahu apa soalan yang bakal disoal . Tetapi di akhirat , hanya tiga soalan yang akan diajukan kepada kita iaitu 

  • Siapa Tuhanmu ?
  • Apa agama mu ?
  • Siapa nabi mu ?

Semua soalan ini akan dijawab oleh ibadah yang kita lakukan di dunia ... 
 

Sepertimana sepotong ayat al-Quran yang bermaksud :-

"
Surely the hearing, the sight, the heart, all of these shall be questioned.” [Quran 3:36] 

3. Ketika exam di dunia , kita selalu akan study sampai tengah malam . Untuk peperiksaan ni pun sebaik-sebaiknya selalu lah berjaga malam, Qiamullail.



4. Jika sewaktu exam di dunia kita sentiasa berdoa dan berharap agar mendapat markah yang tinggi , begitu juga lah yang perlu kita lakukan untuk peperiksaan akhirat .

 " Sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin "



5.Apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang , of course kita akan gembira . Begitu juga bila seseorang yang beriman  mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan , mereka juga akan bergembira . So , work for it .



6. Bila kita mendapat markah yang rendah , sudah pasti kita akan malu terhadap diri dan orang lain . Begitu juga ketika berada di Akhirat . So , protect yourself from it .



7.Waktu peperiksaan kat sekolah , dilarang sama sekali untuk meminta tolong daripada orang lain . Begitu juga di akhirat nanti , oleh itu persiapkan diri anda dengan Al-quran dan as-sunnah ketika di dunia.



8.Semasa peperiksaan , kita akan cuba fokus untuk menjawab soalan . Tetapi untuk peperiksaan sebenar, bukankah kita tidak mengetahui bila saatnya kita akan mati ? 
Oleh itu, be focus and get ready everytime .



9.Selagi keputusan peperiksaan belum keluar , selagi itu lah kita akan cuak . Begitu juga yang akan berlaku kepada kita pada hari akhirat . Perkara yang dapat kita lakukan hanyalah memperbanyakkan amalan di DUNIa dan berdoa kepadaNya .


Apa yang kita dapat lakukan sekarang hanyalah memperbanyakkan bekalan agar kita dapat lulus "subjek" akhirat dengan cemerlangnya.
Begitu juga dengan subjek di sekolah :D . Allahualam 




That's All . By the way , I'm not a perfect student at all.
You are my only hope . Guide me , bring me to the right path Ya Allah .
Without you I'm nothing .

Ya Allah, we, your servants, are weak.

We fall into ruts, we move backwards, we keep tripping instead of running but help us keep pushing.


P/s : Syukran sebab membaca ya akhi wa ukhti . Semoga kita senantiasa dibawah lindunganNYA . Insya Allah 

.

Monday, March 12, 2012

Cinta .. Sesuaikah ?

Assalamualaikum ya ukhti .

Topik hari ni ialah...


Cinta . Ya CINTA . L-O-V-E.

Cinta adalah fitrah . Tanpa cinta tidak lahir manusia .

Tanpa cinta tidak aman dunia .

Tanpa cinta , tak kenal Pencipta .

Pada era ini , perasaan yang istimewa ini seringkali dicurahkan kepada mereka yang salah dan yang tidak HALAL ! .
Yes ! Contohnya , couple .

Sebelum anda mencintai orang lain , cuba cintai yang mana yang penting dahulu !
Okay . Dalam hidup ni , Allah lah yang pertama untuk dicintai kan 
?

"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi). 




Adakah anda telah mencintai nya SETULUS , SELUHUR , SEKUAT , SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH ? Jika benar mana buktinya ?

"Biar sendiri hingga hujung nyawa, Asal taksepi dari kasihnya.Kerna sesungguhnya hakikat cinta . Hanya dia yang ESA " -Atas Nama cinta / UNIC "
Remaja zaman sekarang lebih mengabdikan serta mengharapkan cinta daripada mereka yang tidak halal . Mereka kian lama semakin tenggelam . Na'uzubillah ..

Yang lebih menyedihkan , sampai ada yang sanggup mengadaikan maruah mereka ..


Remaja juga beranggapan bahawa mereka yang tidak bercinta itu  FOREVER ALONE , TAK LAKU DLL . Sedangkan mereka ini lah yang menyerahkan diri kepada Allah .

Ya , saya tahu jodoh tak datang bergolek . Tapi , wajarkah seorang pelajar yang berusia 12 tahun untuk bercintan-cintun . Tentu tidak bukan ?


Jangan malu untuk mempertahankan ke"SINGLE"an anda!  . Biarlah suami/isteri mu yang menerima cinta pertama dan terakhir dari mu ..

Seterusnya , yang bercinta pula diagungkan "sweet lah korang ni . Jelly I nampak ". Siap dengan panggilan manja "mama papa , hubby mummy "

 Err . Meremang bulu roma apabila membaca komen-komen mahupun status-status yang dibuat oleh pasangan "couple" di laman sosial .
!

Mereka bagaikan tidak mempunyai perasaan segan ataupun perasaan malu didalam diri....

Cintailah Penciptamu , nescaya dia akan memberikan engkau pemilik hati yang sebenar ..

Sedarilah bahawa ...
"Cinta kepada Allah adalah tujuan tertinggi diantara darjat-darjat yang tinggi” 



Okay . Jika anda yakin anda telah menCINTAI ALLAH SWT sebesar-besarnya , carilah cinta yang halal .

Cinta yang halal ? Ada ke ?

Ye ada . Cinta yang halal ialah cinta SELEPAS nikah .

Eh KEJAP ! Sebelum anda boleh bernikah .
Sila pastikan yang anda sudah cukup ..

MATANG . 


Okay ..

Macam mana nak pilih calon ?

"Yg kaya ? Tak. Yg hensem ? Tak , rupa tak penting. Anak Dato'? Tak .Habis tu? Saya cuma nak lelaki yg beragama agar dia  boleh bimbing saya ke SYURGA .


"
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Perempuan itu dinikahi karena empat hal, yaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia."  Muttafaq Alaihi dan Imam Lima. 

Kita kena lah cari yang beragama ye . Tetapi , kita mesti menyiapkan diri kita sebagai MUSLIMAH / MUSLIM sejati yang soleh untuk mendapatkan jodoh yang SOLEHAH. Hal ini kerana :-


  
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" ( an-Nur' : 26 ) 




Semoga kita mendapat jodoh yang sebaik-baiknya . Semoga cinta kita terhadapNYA lebih luas daripada dunia , lebih dalam daripada lautan , lebih tinggi daripada gunung-ganang . bahkan lebih tinggi daripada cinta kepada diri kita sendiri . 








Sama-sama kita muhasabah .

Allahualam . Jika saya tersilap , sila tegur ye .

Open your eyes , heart , and mind sis .♥