A s s a l a m u a l a i k u m
Peperiksaan dan pelajar , Bagai isi dengan kuku .
Tak dapat dipisahkan seperti aur dengan tebing .
Hurm . Bila tiba waktu peperiksaan semua menggelabah .
"
Pernah berlaku ke atas anda ? Kalau pernah , kita senasib lah -,- ? . Kalau tak , TAHNIAH .
Antara peperiksaan yang paling top ialah
Mestilah top , nama nye peperiksaan awam kan ..
Eh , bercakap mengenai SPM . Keputusan SPM bagi sesi 2011 akan keluar pada 21\03\2012 ini .
Tapi , tahukah anda mengenai peperiksaan akhirat ?
"APA ?!?! Ada peperiksaan akhirat ?!!?Ada Addmaths ke? Fizik ke? Bio ke? Eko ke? Sastera ke?"
Err . Yes . Memang ada . Biar betul ? Ha'ah . Betullah ni ...
Tapi , subjek dia ialah AMALAN DI DUNIA SEJAK LAHIR SAMPAI MENINGGAL DUNIA .
Tahukah anda , bahawa amalan kita adalah kayu pengukur bagi nasib kita di AKHIRAT sana .
Yang pasti hanya 2 jawapan . Syurga atau Neraka . Neraka atau Syurga .
Anda nak yang mana ? Neraka ... atau syurga .. ?
Saya yakin anda pilih SYURGA . Betul tak ? Kalau salah .. tak tahu nak cakap apa ..
Masalahnya sekarang . Ramai yang tak tahu macam mana nak score A dalam peperiksaan akhirat ni . Hurmm ..
Baiklah .
Saya nak berkongsi sedikit mengenai peperiksaan sebenar ni . ♡
1. Di sekolah , kalau anda gagal . Anda akan diberikan peluang kedua untuk mengulang . Di akhirat , jika anda gagal , maka tertutuplah peluang anda .
2.Di sekolah , kita takkan tahu apa soalan yang bakal disoal . Tetapi di akhirat , hanya tiga soalan yang akan diajukan kepada kita iaitu
2.Di sekolah , kita takkan tahu apa soalan yang bakal disoal . Tetapi di akhirat , hanya tiga soalan yang akan diajukan kepada kita iaitu
- Siapa Tuhanmu ?
- Apa agama mu ?
- Siapa nabi mu ?
Semua soalan ini akan dijawab oleh ibadah yang kita lakukan di dunia ...
Sepertimana sepotong ayat al-Quran yang bermaksud :-
" Surely the hearing, the sight, the heart, all of these shall be questioned.” [Quran 3:36]
3. Ketika exam di dunia , kita selalu akan study sampai tengah malam . Untuk peperiksaan ni pun sebaik-sebaiknya selalu lah berjaga malam, Qiamullail.
4. Jika sewaktu exam di dunia kita sentiasa berdoa dan berharap agar mendapat markah yang tinggi , begitu juga lah yang perlu kita lakukan untuk peperiksaan akhirat .
" Sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin "
5.Apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang , of course kita akan gembira . Begitu juga bila seseorang yang beriman mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan , mereka juga akan bergembira . So , work for it .
6. Bila kita mendapat markah yang rendah , sudah pasti kita akan malu terhadap diri dan orang lain . Begitu juga ketika berada di Akhirat . So , protect yourself from it .
7.Waktu peperiksaan kat sekolah , dilarang sama sekali untuk meminta tolong daripada orang lain . Begitu juga di akhirat nanti , oleh itu persiapkan diri anda dengan Al-quran dan as-sunnah ketika di dunia.
8.Semasa peperiksaan , kita akan cuba fokus untuk menjawab soalan . Tetapi untuk peperiksaan sebenar, bukankah kita tidak mengetahui bila saatnya kita akan mati ?
Oleh itu, be focus and get ready everytime .
9.Selagi keputusan peperiksaan belum keluar , selagi itu lah kita akan cuak . Begitu juga yang akan berlaku kepada kita pada hari akhirat . Perkara yang dapat kita lakukan hanyalah memperbanyakkan amalan di DUNIa dan berdoa kepadaNya .
Apa yang kita dapat lakukan sekarang hanyalah memperbanyakkan bekalan agar kita dapat lulus "subjek" akhirat dengan cemerlangnya.
Begitu juga dengan subjek di sekolah :D . Allahualam ♥
That's All . By the way , I'm not a perfect student at all.
You are my only hope . Guide me , bring me to the right path Ya Allah .
Without you I'm nothing .
Ya Allah, we, your servants, are weak.
We fall into ruts, we move backwards, we keep tripping instead of running but help us keep pushing.
P/s : Syukran sebab membaca ya akhi wa ukhti . Semoga kita senantiasa dibawah lindunganNYA . Insya Allah ♥
.


No comments:
Post a Comment