Imam Syafie said : " Do not love the one who does't love Allah . If they can leave Allah , they also will leave you "

Tuesday, September 11, 2012

Itulah benda yang pasti !



Assalamualaikum kepada semua belog-walkers . 2 hari yang lalu  adalah hari yang sangat bermakna kepada empunya diri ini kerana

1] Cuti sekolah (sebab hari itu adalah hari Ahad)
2] Dapat ber’rehlah’ bersama keluarga
3] Ulang tahun ke-**sejak diri ini berhijrah dari alam roh kepada alam dunia .

Ha’ah ! betul tu . 2 hari yang lalu adalah hari kelahiran saya .
Tuutt.Tuutt . 09/09/****J


Saya ucapkan SANAH HELWA and May Allah bless to all of us
yang telah berhijrah dari alam roh kepada alam dunia
tak kira lelaki , perempuan , kaya , miskin , cantik , comel , tinggal di hujung dunia ataupun dimana sahaja !


--

Ok . Before we start talking about our today topics ,
"Itulah benda yang pasti !"

I wanna ask you !
     
             1] Adakah anda pernah melancong ke luar negara ?
             2]Adakah anda pernah dikejar anjing ?
             3] Adakah anda pernah menjamu selera di hotel terkemuka ?
             4]Adakah anda tidur beralaskan tanah berbantalkan lengan sendiri ?


Di antara kita memang ada orang yang terpaksa berdepan dengan situasi di atas TETAPI TIDAK SEMUA !
Kerana setiap individu mempunyai pengalaman , jalan cerita yang berbeza-beza mengikut kehendak yang Maha Esa .

Berbalik kepada enteri pada hari ini .

“Itulah benda yang pasti”

Persoalannya disini , apakah “ benda “ yang dimaksudkan ?

Sila baca ayat Al-Quran ini dengan hati yang terbuka :

      “Tiap-tiap diri ( sudah tetap) akan merasai mati , kemudian kamu akan dikembalikan kepada kami ( untuk menerima balasan )- (Al-Ankabut/57)

SubhanAllah ! Lihatlah ! Al-Quran sendiri menjawab persoalan kita !
Ya , MATI itu adalah HIDANGAN yang PASTI dirasai oleh seluruh makhluk yang dikurniakan nyawa oleh Allah !

Mati itu adalah satu-satunya cara bagi makhluk yang bernyawa untuk berhijrah dari alam dunia kepada Alam barzakh/alam kubur .

“ Semakin cepat hari berlalu , semakin meningkat usia kita “

Oh tidak ! Penyataan tersebut adalah salah !
Kerana semakin cepat masa berlalu semakin singkat usia kita ! (Kalau takfaham , sila comment ._.)

Disinilah kesedaran kita KURANG ! Kita takterfikir amalan-amalan kita !


Bayangkan , jika sekarang kita berusia 20 tahun dan kita telah menjadi baligh ketika berusia 13 tahun .
Cuba tolak usia kita sekarang dengan usia kita ketika baligh .
                contoh : 20 tahun (usia sekarang) – 13 tahun (usia kita ketika baligh)
                                = 7 tahun .


Ini bermakna segala perkara yang kita lakukan WALAUPUN sekecil zarah selama 7 tahun ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak !

Di neraka , air yang menggelegak , nanah-nanah busuk , dan buah zaqum adalah makanan penghuninya !
sanggupkah kita ?? Ya Allah ! Moga dijauhkan !


--

AKHIR KATA,                                                                                                          
Adakah kita telah mengisi 7 tahun itu dengan amal ataupun dosa ?

Adakah kita berusaha menegakkan agama Allah ataupun hanya tenggelam di dunia fana ?

Apabila hari ulang tahun kelahiran tiba, sebenarnya kita perlu muhasabah diri. 

Adakah sejak kita akhil baligh diri kita ini berada dilandasan yg betul? 

 Jawapannya ada didalam diri kita .
Semakin berusia kita, semakin hampir kita kepada mati. 
Kata orang , tepuk dada tanya imanJ 

Semoga yang diatas redha!!. 

InsyaAllah, amin ya rabb... 










No comments: